Tips Pilih Tarikh Nikah

Macam mana nak pilih tarikh nikah yang sesuai ya? Okay jom baca tips dari fira sampai habis!

Okay, fira faham setiap orang ada pandangan sendiri tentang tarikh kahwin ni. Sebab tu takde orang main rembat je tarikh mana-mana, cuba uolls semak tips-tips nya seperti berikut 

1. Cuti hujung minggu

Standard lah kan orang buat kahwin-kahwin ni masa ujung minggu. Kalau buat weekdays, awak nak jemput siapa?. Hehehe Tapi kalau cuti sekolah lain cerita lah ye. Kenapa cuti hujung minggu? Sebab masa ni je yg makcik-makcik, sepupu sepapat awak tu available. Weekdays bukan tak available, tapi dieorg kerja la. Tak pasal2 tengok awak kawin dalam live FB je hmmm sedih!

2. Cuti sekolah

Kalau saudara mara korang sumenye sekampung atau duduk kat depan tangga rumah korang je, sila abaikan tips ini. Masalah the problemnya bila saudara mara jauh-jauh. Contoh pakcik dari Selangor, paklong kat Kedah. Maka, memang pilih tarikh cuti sekolah. Kalau tak cuti yang lama pun, prefer tarikh yang cutinya 3 hari direct, contohnya : jumaat, sabtu, ahad. atau  sabtu, ahad isnin.

 

3. Cuaca

Semua orang tahu yang hujung tahun musim hujan kan? Maka, amatlah tidak digalakkan sekiranya anda lebih-lebih lagi yang duduk di pantai timur untuk buat kenduri masa hujung tahun. Tapi, kalau nak buat kat hotel tu kira ok sikit kot sebab tak kena hujan. Tapi takut mak andam tak dapat datang sebab jalan tutup banjir. Apa kesss? Tapi, kalau korang nak try berarak naik perahu ke sampan ke bot jpam ke, sila la ye 

 

4. Tarikh cantik

Motifnya senang nak bagi semua orang ingat je. Haha. Ramai orang yang prefer tarikh tetap cuti, contohnya merdeka, 1 malaysia, hari pekerja. Kebaikannya, korang cuti tarikh anniversary tu. Boleh celebrate! Makan-makan ke. Yeay! Ada yang pilih sama dengan happy besday to me. Suka hati lah kan. 

 

5. Persetujuan bersama

dalam banyak-banyak tips, tips ni yang paling penting. Jangan syok sendiri memilih tarikh. Pastikan tarikh tu mendapat persetujuan bersama dengan pasangan, family pasangan dan mereka-mereka yang berkaitan. Semoga usaha yang kita buat mendapat rahmat dan berkat.

Untuk korang-korang yang belum dapat tarikh? Tarikh nya dah ada tapi tak tau akan berubah ke tak. Selagi kalendar tahun depan belum keluar, dah boleh stick pada tarikh tu kot  InsyaAllah